Menjadi orang tua adalah hal yang paling penting di dunia, mengajarkan anak 7 hal penting ini akan membantu mereka membesar, berdikari dan bertanggungjawab.
1. Mencuci pakaian sendiri
Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana mencuci pakaian dengan tangan atau dengan mesinmembasuh, menjemur, menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain dia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.
Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar sebaik sahaja dia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor--mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan kotoran yang sudah tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.
2. Memasak yang sederhana
Ajar anak, baik lelaki mahupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Memandangkan manusia sentiasa perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal berjauhan dari orang tua, untuk belajar mahupun bekerja nanti, atau sewaktu membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan memasak sendiri, selain lebih hemat juga lebih sihat.
Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan dia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak dia mengemas meja dan mencuci pinggan setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan dia menjadi orang yang bebas dan meningkatkan rasa percayakan diri sendiri.
3. Mempunyai Wang Saku Hasil Titik Peluh Sendiri
Biarkan anak memiliki pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya, Seorang anak menghargai wang yang dihasilkannya sendiri dan belajar menggunakannya secara bijak.
Dia boleh mendapat wang saku tambahan dengan bekerja seperti berjualan, mengadakan kelas tuisyen, hobi yang dapat menghasilkan wang, membantu mencuci kereta, atau memotong rumput dan menyiram bunga.
Hal ini mengajarkan mereka lebih bertanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar tentang kauliti sesuatu pekerjaan iaitu hasil baik dibayar baik. Konsep memberi dan menerima dapat diterapkan.
4. Memilih teman yang baik
Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orang tua tidak dapat mengawal secara total hubungan antara remaja, namun paling tidak orang tua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeza, berfikiran terbuka dan easy-going.
Semasa hubungan bermasalah, orang tua harus memberi sokongan dan prihatin. Mereka boleh menjadi teman untuk curahan hati, menjelaskan bahawa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia.
5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan
Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (egois) dan memaksakan kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin berjalan-jalan ke pasar raya bersama teman-temannya di hujung minggu, dan minta dihantar ke rumah temannya itu.
Sedangkan anda juga ada program yang harus dilakukan, undangan majlis perkahwinan pada malam hari yang harus dihadiri. Untuk memenuhi keperluan bersama, lakukan komunikasi untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk menghantarkan anak, namun si anak juga harus pulang tidak terlalu malam agar sudah berada di rumah sebelum anda pergi ke majlis itu.
6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun
Bekalkan anak dengan sopan santun dan etiket sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orang tua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah, dan orang lain di luar rumah.
Contohnya, semasa di restoran, sewaktu makanan dihidangkan, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu. Anak-anak jangan berteriakan di tempat umum kerana akan mengganggu ketenangan orang lain.
Semasa menziarahi teman atau sanak saudara, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang ke sesuatu majlis, menghargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan lupa membalas budi, serta menghargai orang di sekitar kita seperti pembantu rumah dan lain-lainnya dengan penghormatan yang setara.
7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik
Seseorang yang terlalu pendiam dan penyendiri atau malas berkawan akan berasa tersisih. Bentuklah anak menjadi peribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, bertoleransi terhadap perbezaan dan menjadi orang yang dapat dipercayai, mampu memaafkan dan rendah hati.

ringkas, relevan & sgt berguna...
ReplyDelete