Bersyukur kepada isteri yang memasak untukku malam ini
kerana ertinya....
manalah tau...buat dosa kering...pokpet-pokpet hal orangBersyukur kepada suami yang sedang bermalas-malasan di atas sofa sambil melayan internet.
Kerana ertinya…dia tidak melepak di kedai kopi bersama kawan-kawan
cerita dari satu tajuk ke satu tajuk....satu pun tak penting
ketawa je yang lebihBersyukur untuk anakku yang selalu bising di rumah
Kerana ertinya…dia tidak melepak di luar bersama kawan-kawannya yang ntah sapa-sapa
merempit ke...jadi bohsia ke...eeeee!!!
Bersyukur untuk baju aku yang mula rasa sempit
Kerana ertinya…aku lebih dari cukup makan
walaupun semakin boroi dan gendut
Bersyukur kerana bayang-bayang yang mengikuti aku
Kerana ertinya… aku masih merasakan kehangatan mentari…
keringat yang keluar kerana aku masih bekerja
Bersyukur kerana rumahku yang berselerak dan ada yang perlu diperbetulkan
Kerana ertinya…aku mempunyai rumah!
kecik pun kira istana gak
Bersyukur kerana mendapat tempat parking kereta yang paling jauh
Kerana ertinya…aku masih boleh berjalan dan aku mempunyai kereta!
kalau naik bas kan lagi teruk!!
Bersyukur kerana budak lelaki yang memekak bermain gitar dan menyanyi dengan sumbang
Kerana ertinya…aku masih mampu mendengar!
walaupun bingit...tahan-tahan je la
Bersyukur kerana perlu membasuh baju
Kerana ertinya…kita mempunyai baju untuk dipakai
walaupun guna mesin basuh
Bersyukur kerana kepenatan kerja setiap hari
Kerana ertinya…aku masih mampu bekerja
walaupun kadang kala merungut
Bersyukur kerana mendengar bunyi jam yang menggangu tidurku setiap pagi
Kerana ertinya…aku masih hidup!
harap-harap Tuhan beri aku peluang seterusnya
Best juga hidup ni!!!
No comments:
Post a Comment