Memasuki sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Kolok, Narathiwat.
Tugu Patung Maharaja Chulalongkorn.
Jejantas yang dihiasi dengan gambar-gambar Maharaja Thai, King Bhumipol Adulyadej.
Sempena dengan sambutan ulangtahun keputeraan maharaja, bendera-bendera
dipasang di sepanjang jalan. Bendera kuning adalah bendera maharaja manakala
bendera biru adalah bendera ratu.
Sekatan-sekatan jalanraya banyak terdapat di sepanjang perjalanan kerana
kawasan selatan Thailand kerap berlaku penentangan antara tentera
dengan kumpulan pemisah.
Sebuah perisai tentera sedang meronda jalanraya.
Satu lagi sekatan jalanraya yang terpaksa dilalui.
Trak merupakan kenderaan awam yang sangat popular bukan
sahaja untuk mengangkut barang-barang tetapi juga penumpang.
Budak-budak sekolah terpaksa berbasah kerana trak tidak berbumbung.
Bandar Tanjongmat terkenal dengan pengeluaran buah dokong. Replika
buah dokong terdapat di bulatan utama di bandar itu. Kampung saya
terletak kira-kira 7 kilometer dari bandar ini.
Begitu juga dengan kenderaan ini yang dipanggil 'culey', bukan sahaja
untuk mengangkut barang tetapi juga manusia. Penggunaan topi keledar
tidak dikuatkuasakan di seluruh negara ini.
Pintu gerbang laluan utama ke kampung saya.
Anak perempuan saya, Wawa, bergambar kenangan di hadapan
pentas Maharaja Thai sehari sebelum sambuatan menyambut
hari keputeraan baginda.
Pentas untuk sambutan hari keputeraan Maharaja Thai.