Penyokong

Lawak Pendek

1. Orang tua beristeri seksi

Ada seorang orang tua yang berumur 70 ++ duduk di tepi jalan sambil menangis. Kemudian seorang polis mendekatinya dan bertanya, “Kenapa pak cik menangis ?” tanya polis itu.

Sambil menangis orang tua itu menjawab, “Saya ada seorang isteri yang cantik sekali berumur 25 tahun, berambut perang, seksi, sangat mencintai saya, dan sekarang sedang menantikan saya di rumah.”

Polis tu kembali bertanya, “So apa masalahnya? kenapa pak cik bersedih??”


Dengan menangis semakin kuat orang tua itu menjawab:

"SAYA LUPA DI MANA RUMAH SAYA!!!!"

2. Anak seorang doktor

Seorang doktor kelihatan bangga ketika puterinya yang masih kecil bermain-main dengan stetoskopnya.

“Ya, Tuhan, terima kasih banyak, puteriku pasti berbakat dan ingin mengikuti jejakku sebagai seorang doktor,” katanya dalam hati sambil tersenyum.

Anaknya kemudian mendekatkan stetoskop itu ke mulutnya dan berkata:

“Selamat datang di McDonald’s. Encik mahu order apa?”

Doktor: Aduh..

3. Ajoi dan Sumardi 

Ajoi: Ayat mana yang betul?

A. Anak yatim itu dipukul ayahnya.
B. Anak yatim itu dipukulkan oleh ayahnya.

Sumardi: Pasti . . . Anak yatim itu dipukul ayahnya.

Ajoi: Salah…!

Sumardi: Naper lak bro ???

Ajoi: Dua-dua tak betul..anak yatim mana ada ayah… huakakakak

Sumardi: @#$%#@

No comments:

Post a Comment