Kadang-kadang apabila kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan, hati ini selalu sahaja merintih dan pelbagai persoalan timbul di benak hati sanubari kita.
KENAPA AKU DIUJI ?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ." - Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA ??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pulak kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. " - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
"Wahai orang-orang yang beriman!!! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), Dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan, Dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." - Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. - Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." - Surah Yusof ayat 12
Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah. Sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan kerana ia adalah penawar untuk kita.
Marilah kita kembali kepada Al-Quran, kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya. Semoga Allah memberkati sahabat-sahabat sekalian....
Wassalam.....
Keberkatan Di Sebalik Ujian Allah SWT
Ujian yang terberat dalam hidup kita adalah ketika kita sedang bahagia kerana di saat kita bahagia biasanya kita lengah, kita biasanya terlupa sehingga jika ujian itu datang menimpa diri kita hal itu membuat kita panik. Kita sama sekali tidak mempersiapkan diri dengan baik.
Kebahagiaan sering kali membuat lupa diri. Kita tidak sedar dan tidak awas terhadap sekeliling kita kerana kita sedang merasakan suatu kenikmatan yang tidak terhingga . Biasanya hati terbuai kenikmatan begitu tertimpa kesedihan akan terasa seronok dengannya.
Saya pernah mengenali seorang teman yang sangat berjaya dalam kariernya. Sebelumnya, dia ke tempat kerja dengan menaiki bas kemudian berjaya memiliki kereta mewah, gaji besar dan rumah begitu indah bagai istana. Hinggakan dia terlupa anak dan isterinya. Dia.sibuk berfoya-foya dengan kenikmatan dunia dan kehidupan malam.
Tiba-tiba perusahaannya bankrup. Semua aset disita untuk membayar hutang dan terpaksa memulai hidupnya dari awal kembali namun beruntunglah semua peristiwa yang sempat membuat lupa diri menyedarkannya agar kembali kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan pulang ke rumah menemui anak dan isterinya. Beruntunglah beliau kerana anak dan isterinya menyambut dengan penuh cinta dan kasih sayang.
'Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru kepada Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata, 'Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku.' Sebenarnya itu adalah ujian tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahuinya. (QS. az-Zumar: 49).
Setiap kali Allah memberikan ujian maka di saat itulah Allah melimpahkan keberkatan pada diri kita. Allah Subhanahu Wa Ta'ala menguji hamba-Nya apakah mampu melewati ujian di saat dia sedang di atas? Di puncak kejayaannya? Di saat seperti inilah kita harus bermuhasabah diri. Apakah kita bersyukur atas nikmat yang telah diberikan oleh-Nya? Apakah kita lalai dengan kewajiban kita sebagai seorang Muslim? Apakah kita lalai sebagai kepala rumahtangga atau tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri?
Dan bila kita lulus melewati ujian itu, Allah melimpahkan keberkatan untuk diri kita dan keluarga kita. Bila menghadapi ujian mendadak lagi dalam kehidupan maka kita sudah tidak lagi terkejut dibuatnya kerana sudah pernah mengalaminya. Selain itu, Allah melimpahkan kenikmatan dan meninggikan darjat kita dan keluarga kita ke tempat yang lebih mulia iaitu di tempat hamba-hamba-Nya yang senantiasa diberikan petunjuk oleh Allah. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
'Dan Sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiu'un (Sungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya jualah kami kembali). Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.' (QS. al-Baraqah : 155-157).
Wallahuaklam
Sami Yusuf - Asma Allah