Penyokong

Janin Beri Isyarat 'Bagus' (Pulak dah!)

Seorang bakal ibu yang khuatir dengan bayi dalam kandungannya berasa terkejut ketika melakukan scan di sebuah klinik. Bayi mengacukan isyarat ibu jari, atau biasa dikenali sebagai isyarat 'bagus'.

Donna Sayer, 29 tahun melakukan dua kali scan di sebuah klinik di Canterbury Kent beberapa minggu setelah hamil. Dia bersama pasangannya, Simon Biscoe, merasa risau kerana kepala bayi mereka kelihatan agak lebih panjang manakala tubuhnya pula terlalu kecil.

Namun, pasangan ini berasa gembira ketika pergi ke klinik untuk melakukan scan kali ketiga. Foto menunjukkan kepala bayi mencapai ukuran normal dan tidak mengalami masalah kesihatan.

Selain itu, Sayer dan jururawat juga tertawa ketika menyadari bayi itu menunjukkan isyarat ibu jari. "Setelah memeriksa dan semuanya di dalam keadaan baik, jururawat cuba mengambil beberapa foto tambahan," kata Sayer yang juga seorang pengurus makanan dan minuman di Kent County Cricket Club.

"Walaupun bayi itu bersembunyi, ia memberikan isyarat ibu jari seolah-olah ingin memberitahu orang di luar bahawa dirinya dalam keadaan baik sahaja," tambah Sayer lagi.

Fay Smith pengendali USG di Hospital William Harvey berkata, "Anda sering melihat bayi menghisap ibu jari atau melakukan beberapa gerakan kasar. Mereka juga sering berkedip. Saya sering tertawa bersama bakal ibu bapa ketika melihat bayi mereka seolah melindungi bahagian sulit mereka.”

No comments:

Post a Comment